Rabu, 13 Januari 2010

PEMBELAJARAN KOMPUTER

Komputer Dalam Pembelajaran

Pada masa kini, negara sedang menuju ke status sebuah negara maju pada tahun 2020 yang akan datang. Keperluan sumber manusia dalam bidang sains dan teknologi merupakan teras yang paling utama dalam pembangunan negara. Oleh itu, pendidikan adalah salah satu cabang yang terpenting bagi menyalurkan ilmu pengetahuan kepada sumber tenaga mahir dan separuh mahir yang terlatih. Dengan itu, keperluan dalam bidang sains dan teknologi amat dititikberatkan di Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020.

Dengan itu, proses pengajaran mata pelajaran sains amat dititikberatkan oleh kerajaan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang bersifat sainstifik serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke masa hadapan. Dengan itu, beberapa pendekatan yang baru untuk pengajaran sains telah diperkenalkan, tidak terkecuali juga dengan mata pelajaran Fizik. Salah satu pendekatan baru ialah pengajaran dengan perisian multimedia. Tidak dapat dinafikan bahawa teknologi maklumat kini sudah diterima sebagai sebahagian daripada pendidikan. Semua sekolah di Malaysia kini sudah dilengkapkan dengan kemudahan multimedia. Semua guru yang mengajar mata pelajaran sains dan matematik telah dibekalkan dengan sebuah “laptop”. Ini menunjukkan betapa berusahanya kerajaan dalam mengubah pendekatan pengajaran sains dan matematik di negara kita.

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu pendekatan yang menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Secara ringkasnya, komputer sebagai satu pendekatan yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran supaya pembelajaran dapat menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan serta berinteraksi dengan komputer mengikut kehendak dan keupayaan sendiri.

Perkembangan teknologi dalam bidang komputer masa kini terus meledak dengan pesatnya. Perkembangan inilah yang mencetuskan pemikiran untuk menerapkan teknologi bidang komputer dalam sistem pendidikan hari ini. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya ke arah menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar