Rabu, 13 Januari 2010

PERKAKAS KOMPUTER

Perkakasan Komputer

Anton van Leeuwenhoek perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).

Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).

Komputer peribadi yang tipikal mengandungi komponen perkakasan seperti berikut:

> Papan induk (motherboard)
> Unit pemprosesan pusat (CPU) dan kipasnya
> Ingatan capaian rawak (RAM)
> Basic Input/Output System atau BIOS
> Slot bas komputer:
* PCI
* PCI-E
* USB
* HyperTransport
* CSI (dijangka mulai 2008)
* AGP (makin kurang)
* ISA, EISA, VLB (tidak digunakan lagi).
> Bekalan kuasa komputer - peti yang mengandungi transformer, pengawal voltan dan kipas.
> Pengawal storan bagi IDE, SATA, SCSI dan storan lain, yang mengawal cakera keras, cakera liut, CD-ROM dan pemacu lain. Boleh terletak pada papan induk atau kad tambahan.
> Pengawal video yang mengeluarkan output untuk monitor komputer. Boleh disekalikan dengan papan induk atau dipasang pada slot sendiri (PCI, PCI-E atau AGP), memerlukan kad grafik.
> Pengawal bas komputer (port selari, bersiri, USB, FireWire) bagi menyambung komputer dengan perkakasan luaran seperti pencetak atau pengimbas.
> Satu atau lebih media boleh ditanggalkan:
> CD - paling umum
* Pemacu CD-ROM
* Penulis CD
> DVD
* Pemacu DVD-ROM
* Pemacu DVD-RAM
* Penulis DVD
> BD
* Pemacu BD-ROM
* Perakam BD
> Cakera liut (disket)
> Pemacu Zip
> Pemacu kilat USB (thumb drive)
> Kad ingatan - kecil
> Pemacu pita - biasanya untuk sandar/jangka panjang.
> Storan dalaman
> Cakera keras - storan jangka sederhana
> Pengawal cakera, contohnya RAID.
> Kad bunyi.
> Perangkaian - untuk menyambung komputer ke Internet/komputer lain
> Modem - sambungan dail
> Kad rangkaian - sambungan DSL atau ke komputer lain.
> Persisian lain seperti kad penala TV.

Selain itu, perkakasan juga boleh termasuk komponen luaran PC seperti:

> Peranti input
> Papan kekunci (teks)
> Peranti penuding
* Tetikus
* Bebola jejak (trackball)
> Peranti permainan
* Kayu ria
* Pad ria (joypad)
* Pengawal permainan lain
> Peranti input imej, video
* Pengimbas
* Webcam
> Peranti input audio
* Mikrofon
> Skrin sentuh.
> Peranti output
> Peranti output imej, video
* Monitor komputer
* Terminal komputer
* Pencetak - salinan keras
* Pelakar (plotter) - salinan keras
* Refreshable Braille display
* Braille Embosser - salinan keras.
> Peranti output audio
* Pembesar suara
* Fon kepala.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar